ARTIKEL

Pemain beregu wanita Malaysia, Pearly Tan (kiri) dan M. Thinaah

Terbuka Denmark: Pearly-Thinaah Mara Ke Final, Tamat Penantian 18 Tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah menamatkan penantian 18 tahun Malaysia untuk kembali beraksi di pentas final Terbuka Denmark selepas menewaskan gandingan China Bao Li Jing-Cao Zi Han pada aksi separuh akhir hari ini.

Pada perlawanan di SJF Bank Arena, Odense, pasangan pilihan kedua kejohanan itu mempamerkan aksi meyakinkan untuk mencatat kemenangan 21-16, 21-14 dalam tempoh 37 minit.

Kejayaan itu menyaksikan Pearly-Thinaah mengulangi pencapaian terbaik beregu wanita negara pada kejohanan berkenaan sejak Wong Pei Tty-Chin Eei Hui muncul juara edisi 2008.

Menanti pasangan negara di final esok ialah pemenang satu lagi aksi separuh akhir membabitkan dua gandingan Jepun, Hinata Suzuki-Nao Yamakita dan Sumire Nakade-Miyu Takahashi.

Sementara itu, hasrat beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing untuk melangkah ke final tidak kesampaian selepas tewas 13-21, 13-21 kepada pasangan China Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.

Terdahulu, beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil pertama Malaysia mengesahkan tempat di final selepas menewaskan pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, 21-14, 21-18 dalam tempoh 38 minit.

BERITA LAIN

Aaron-Wooi Yik Mara Ke Final Terbuka Denmark

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik hanya selangkah lagi untuk mengulangi kejayaan muncul juara pada 2023 selepas mara ke final Terbuka

BERITA TERBARU

Lelaki separuh bogel ganggu pelajar ditahan polis

MIRI: Seorang pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun terpaksa melarikan diri ke rumah kenalan berhampiran selepas diekori lelaki separuh bogel yang didakwa mengganggunya secara seksual