ARTIKEL

Kita tuntut lebih banyak projek

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menuntut lebih banyak projek daripada Kerajaan Persekutuan bagi menggantikan projek-projek jambatan yang telah dibatalkan semasa pemerintahan PH sebelum ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, walaupun projek jambatan yang dibatalkan itu kemungkinan boleh diminta untuk dikaji semula, namun Kerajaan Sarawak komited untuk terus membiayai pembinaannya seperti dijanjikan.

“Kita akan teruskan projek ini (pembinaan jambatan yang dibatalkan) tetapi mungkin kita minta projek lain,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Jalan Sungai Maong ke Segedup di sini, kelmarin.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Tan Sri Dr James Jemut Masing; Menteri Kanan Infrastruktur Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian; Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Julaihi Narawi dan Timbalan Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Satok Datuk Ibrahim Baki.

Abang Johari menambah, nilai projek yang akan dituntut mungkin berdasarkan jumlah kos keseluruhan bagi pembinaan kesemua jambatan yang dibiayai Kerajaan Sarawak.

“Itu bergantung kepada berapa mereka (Kerajaan Persekutuan) dapat berikan kepada kita.

“Sekarang kita fokus melaksanakan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dan sesetengah daripadanya dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan.

“Jadi kita dapat beritahu mereka bahawa, memandangkan kita sudah membiayai projek yang telah dibatalkan ini, maka, mereka sepatutnya memberikan kita lebih banyak lagi,” jelasnya.

Kerajaan PH membatalkan projek pembinaan jambatan yang menghubungkan laluan pesisir negeri ini, walaupun telah diluluskan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Antara jambatan berkenaan ialah Jambatan Rambungan, Jambatan Batang Lupar, Jambatan Batang Igan, Jambatan Batang Krian, Jambatan Kuala Kemena dan Jambatan Saribas.

Ekoran keputusan itu, Kerajaan Sarawak mengambil tanggungjawab meneruskan pelaksanaan projek-projek terbabit dengan membiayai sendiri keseluruhan kosnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU