ARTIKEL

Alexander Nanta menyaksikan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima dan Pelantikan Pengarah Projek bagi Pembinaan Baharu SMK Bukit Goram di Kapit, hari ini. | FOTO: TVS

KKR sasar sifar projek sakit, siap lebih awal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAPIT: Kementerian Kerja Raya (KKR) menyasarkan sifar projek sakit dan penyiapan projek lebih awal daripada jadual bagi mengelakkan peningkatan kos serta kelewatan penyampaian manfaat pembangunan kepada rakyat.

Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi berkata, sasaran itu memerlukan perancangan rapi, pemantauan berterusan dan tindakan segera bagi menangani sebarang masalah sepanjang pelaksanaan projek.

Usaha mempercepat pelaksanaan projek juga perlu mengambil kira aspek keselamatan, spesifikasi pembinaan dan piawaian kualiti yang ditetapkan.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Pelantikan Pengarah Projek bagi Pembinaan Baharu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Goram, di sini, hari ini.

Alexander Nanta menyaksikan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima dan Pelantikan Pengarah Projek bagi Pembinaan Baharu SMK Bukit Goram di Kapit, hari ini. | FOTO: TVS

Mengulas lanjut, Nanta mengingatkan kontraktor yang menerima SST supaya melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti serta memastikan projek disiapkan mengikut tempoh kontrak dan spesifikasi ditetapkan.

Katanya, perancangan menyeluruh sejak peringkat awal perlu merangkumi jadual kerja, bekalan bahan, tenaga kerja, jentera dan aliran tunai bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek.

Beliau turut menegaskan kepentingan keselamatan di tapak pembinaan menerusi pematuhan terhadap peraturan dan piawaian ditetapkan KKR, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta pihak berkuasa berkaitan.

Dalam pada itu, pengarah projek dan pasukan penyeliaan perlu memantau kemajuan kerja, menjalankan pemeriksaan kualiti serta mengenal pasti masalah lebih awal bagi membolehkan tindakan pembetulan diambil segera.

Nanta berkata, kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Kerja Raya (JKR), kontraktor dan semua pihak berkaitan juga perlu diperkukuh bagi memastikan sebarang isu diselesaikan melalui penyelarasan berkesan tanpa menjejaskan jadual pelaksanaan.

BERITA LAIN

JAKKSA, PKPSA santuni dua keluarga memerlukan

SRI AMAN: Beban dua keluarga yang menjaga ahli keluarga terlantar diringankan menerusi sumbangan katil khas dan barangan keperluan asas dalam misi kebajikan anjuran Jawatankuasa Amal

Sumbangan guru melangkaui pencapaian akademik – Dr Sim

KUCHING: Kejayaan sekolah menengah persendirian Cina di Sarawak hari ini berakar daripada pengorbanan dan komitmen generasi terdahulu yang memperjuangkan pembangunan pendidikan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk

BERITA TERBARU