ARTIKEL

Fatimah menyampaikan ucapan. | Alif Noni

Klien AADK yang pulih perlu diiktiraf

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA PADAWAN: Pengiktirafan dalam bentuk medalion kepada klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan diteruskan bagi meraikan pencapaian mereka pulih daripada penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, pengiktirafan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memberi dorongan kepada klien agar terus kekal bebas daripada dadah.

“Kita faham bahawa perjalanan ke arah pemulihan adalah berliku-liku dan ia bukan satu perjalanan yang mudah.

“Oleh itu, kejayaan yang dicapai oleh klien-klien ini perlu diraikan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis ‘Berlanggar Meja’ Hari Raya Aidilfitri anjuran Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Jalan Puncak Borneo, hari ini.

Empat klien AADK yang berjaya mengekalkan kepulihan selama dua tahun telah menerima pengiktirafan dalam bentuk medalion semalam, melibatkan dua individu dari Kuching serta masing-masing seorang dari Samarahan dan Serian.

“Semasa konvensyen antarabangsa yang diadakan di Kuching sebelum ini, pengiktirafan telah diberikan kepada individu yang berjaya mengekalkan kepulihan selama lebih daripada dua tahun, enam tahun, lapan tahun, dan seterusnya.

“Justeru, di peringkat Sarawak, ini merupakan tahun pertama program seperti ini dilaksanakan sebagai langkah memperkukuhkan sistem pengiktirafan agar klien merasakan pencapaian mereka diiktiraf,” jelasnya.

Dalam usaha menangani isu dadah dan penyalahgunaan bahan terlarang, beliau turut menekankan kepentingan pendekatan bersepadu yang melibatkan penguatkuasaan, rawatan, advokasi serta kesedaran masyarakat.

“Kita tidak boleh bekerja sendirian dan kita memerlukan usaha semua pihak sebagai satu komuniti untuk menangani isu dadah dan substans ini, khususnya dengan penubuhan Biro One Stop Committee (OSC) yang bekerja erat dengan agensi-agensi dan masyarakat setempat,” ujarnya.

Tambahnya, selain penganugerahan medalion, keberkesanan usaha memerangi dadah juga dinilai berdasarkan statistik seperti jumlah tangkapan dan rampasan bahan terlarang.

“Apabila kita dapat menghentikannya, kita mampu melindungi lebih ramai individu, berdasarkan jumlah tangkapan serta rampasan dadah yang dibuat,” tambahnya.

Fatimah, merangkap Pengerusi OSC turut menekankan peranan sokongan keluarga dalam membantu klien dalam proses pemulihan, seperti yang dibuktikan melalui Majlis ‘Berlanggar Meja’ Hari Raya Aidilfitri PUSPEN.

“Bagi klien di PUSPEN, mereka sangat mengharapkan sokongan daripada keluarga dan hari ini kita dapat menyaksikan manifestasi sokongan yang tidak berbelah bagi daripada ahli keluarga mereka.

“Sokongan dan persekitaran positif ini yang akan menyumbang dalam perjalanan mereka menuju kepulihan,” katanya.

BERITA LAIN

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil