ARTIKEL

Abdul Rahman (kiri) bersama-sama Siti Shorgayah melawat Klinik Kesihatan Buntal, hari ini. | Foto: UKAS

Klinik Kesihatan Buntal terima sumbangan peralatan RM40,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Klinik Kesihatan Buntal menerima suntikan baharu dalam usaha memperkukuh sistem penjagaan kesihatan menerusi penyerahan sumbangan peralatan perubatan dan bukan perubatan bernilai RM40,000 hasil kerjasama Pusat Khidmat ADUN Pantai Damai dengan Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI).

ADUN Pantai Damai Datuk Abdul Rahman Junaidi menegaskan inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Sarawak untuk memastikan klinik di kawasan luar bandar dilengkapi kemudahan asas berkualiti tinggi.

“Saya juga mencadangkan penambahbaikan menyeluruh infrastruktur klinik yang berusia lebih 40 tahun ini.

“Ini termasuk menaik taraf status klinik serta melengkapkan kemudahan teknikal seperti makmal asas, kemudahan x-ray dan penggunaan sistem digital seperti sistem pengurusan digital berasaskan awan (CCMS) yang dijangka diperluas ke Klinik Kesihatan Buntal dalam masa terdekat,” jelasnya.

Sementara itu, Bendahari SABATI, Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin berkata, pihaknya diberi mandat oleh Pusat Khidmat Pantai Damai untuk menyelaras pembelian dan penyerahan peralatan yang diperlukan oleh klinik terlibat.

“Kita tidak hanya menyumbang alat tetapi juga menyuntik harapan dan keselesaan kepada pesakit yang datang setiap hari,” ujar beliau.

Antara sumbangan yang disalurkan termasuklah monitor tekanan darah digital, termometer inframerah, komputer, pencetak serta kemudahan sokongan lain yang dikenal pasti hasil penelitian bersama pasukan perubatan diketuai oleh Dr. Madalena di Klinik Kesihatan Buntal.

Dengan pendekatan yang sama dilaksanakan di Klinik Kesihatan Telaga Air dan Klinik Kesihatan Buntal, kemudahan kesihatan tersebut mampu memberikan perkhidmatan yang lebih efisien, selesa dan mesra rakyat.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU