ARTIKEL

Meehan (kanan) menyempurnakan simbolik penyerahan kunci KK3 Serian kepada Veronica (kiri) sambil disaksikan John Ilus (tengah) serta yang lain.

Klinik Kesihatan Serian beroperasi tidak lama lagi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Klinik Kesihatan (KK3) Serian bakal beroperasi tidak lama lagi, susulan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menyerahkan kunci kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) pada satu majlis rasmi yang diadakan pada hari ini.

Penyerahan kunci itu merupakan langkah awal sebelum majlis penyerahan dan penerimaan projek bagi membolehkan pihak ‘end-user’ memasuki fasiliti untuk tujuan pembersihan, kemasukan peralatan dan persediaan pengoperasian klinik.

JKR Sarawak menerusi satu kenyataan, berkata KK3 Serian merupakan klinik bersepadu pertama di Bahagian Serian yang memberi perkhidmatan kesihatan dalam satu bangunan.

“Antara fasiliti yang ada dalam Klinik Kesihatan Serian adalah Unit Kesihatan Ibu dan Anak, Jabatan Pesakit Luar, Unit Farmasi, Makmal, Unit Kecemasan, Unit Radiologi dan Klinik Pergigian.

Klinik Kesihatan (KK3) Serian

“Klinik ini juga mempunyai dua peralatan pakar yang jarang ditemui di klinik kerajaan sedia ada di Bahagian Serian iaitu mesin sinar-X dan Kerusi Pergigian Pakar,” katanya.

Kenyataan itu menambah, KK3 Serian turut dilengkapi dengan mesin sinar-X jenama Canon dari Jepun, yang membolehkan pegawai perubatan menjalankan diagnosis bagi penyakit yang memerlukan pemeriksaan sinar-X seperti pneumonia, retakan tulang dan lain-lain.

Menjelas lanjut, JKR Sarawak berkata klinik tersebut juga dilengkapi lima unit kerusi pergigian yang terdiri daripada satu unit Kerusi Pergigian Pakar dan empat unit kerusi pergigian biasa yang diimport dari Itali, jenama Castellini.

“Kelebihan Kerusi Pergigian Pakar ialah ia dilengkapi kamera dan monitor intra-oral serta set elektrokauteri, yang membolehkan visualisasi keadaan dalam mulut dengan lebih jelas serta memudahkan prosedur pembedahan yang lebih kompleks,” katanya.

KK3 Serian merupakan projek dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (Pusingan Perancangan 4), dengan pembinaannya bermula pada 2 April 2020 dan siap pada 10 Januari 2025 dengan kos RM23,888,000.

Skop projek itu termasuk satu blok klinik (Jenis 3), satu blok kaurters 2 tingkat (2F/2G), satu blok stor, satu blok rumah pam, satu blok garaj ambulan, satu blok MSB & rumah genset, satu blok pondok pengawal dan tempat letak kereta.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU