ARTIKEL

Francis Harden Hollis merakam gambar kenangan bersama-sama tetamu kehormat dan ketua masyarakat serta ketua kaum

KMKK Main Peranan Sebagai Penghubung Rakyat & Kerajaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) harus memainkan peranan dengan menepati garis panduan disediakan melalui pejabat daerah agar mereka terus menjadi penghubung kerajaan dengan rakyat yang berkesan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Francis Harden Hollis berkata, pematuhan garis panduan tersebut penting supaya institusi KMKK dapat berfungsi secara teratur, telus dan berintegriti.

“KMKK harus mengadakan mesyuarat dan aktiviti yang boleh memberi faedah kepada komuniti dan menyediakan laporan sebagai bukti bertulis kepada pihak Pejabat Daerah.

“Mereka juga harus menerangkan penggunaan perbelanjaan sebagai bukti ketelusan dan integriti KMKK di kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Sijil Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang di Pusat Khidmat DUN Simanggang, di sini, semalam.

Menurutnya, institusi KMKK penting sebagai jambatan penghubung antara Kerajaan Sarawak dengan komuniti masyarakat di peringkat akar umbi.

“Kerajaan Sarawak amat memerlukan kehadiran KMKK dalam menyebar dasar pembangunan semasa yang dilihat boleh menyumbang kepada proses pembangunan komuniti masyarakat di negeri ini.

“Saya berharap agar KMKK dapat menjalankan tugas mereka dengan penuh berdedikasi untuk masyarakat demi memakmurkan lagi proses pembangunan negeri ini di bawah teraju Kerajaan Sarawak,” jelasnya.

Terdahulu, majlis yang berlangsung itu menyaksikan empat Ketua Masyarakat dan 39 Ketua Kaum dilanjutkan tempoh perkhidmatan, serta pelantikan empat Ketua Kaum baharu dan seorang waris mantan Ketua Kaum turut menerima sijil penghargaan.

BERITA LAIN

DBP Sarawak ngena chara baru marit rebak biak

KUCHING: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Pampang Sarawak nyelinting ngena chara baru ungkup marit raban nembiak rebak baru ba bidang jaku enggau litaricha dikena ngerembaika

BERITA TERBARU

DBP Sarawak ngena chara baru marit rebak biak

KUCHING: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Pampang Sarawak nyelinting ngena chara baru ungkup marit raban nembiak rebak baru ba bidang jaku enggau litaricha dikena ngerembaika