ARTIKEL

Dato Hanifah Hajar Taib dan Datuk Wilson Ugak bergambar bersama sebahagian delegasi KMKK Mukah. Foto Hanifah Hajar Taib (FB)

KMKK Mukah adakan lawatan ke Parlimen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Timbalan Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib meraikan delegasi Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Bahagian Mukah dalam satu lawatan rasmi ke Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur, pada Selasa.


Menurut kenyataan, 29 orang delegasi terdiri daripada KMKK Bahagian Mukah, Pejabat Daerah Mukah, Pejabat Daerah Dalat serta Pusat Khidmat Masyarakat P213 Mukah menyertai lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur.


“Lawatan pada hari pertama ke Parlimen bertujuan memberi pendedahan secara langsung kepada para peserta mengenai fungsi dan peranan Parlimen Malaysia dalam proses pembangunan negara,” demikian menurut Facebook rasmi Hanifah, hari ini.


Selain itu, delegasi turut mengadakan Kunjungan Hormat kepada Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong di Digital Nasional Berhad (DNB) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Digital.


Rombongan tersebut diraikan dalam majlis makan tengah hari yang dihoskan oleh Wilson Ugak sebelum dibawa meninjau bangunan DNB dan diberikan taklimat mengenai peranan agensi itu khususnya dalam pembangunan rangkaian 5G negara.


Hanifah seterusnya menzahirkan penghargaan kepada Wilson Ugak atas kesudian menyantuni dan meraikan delegasi dari Mukah.


“Diharapkan lawatan ini dapat memperkukuhkan lagi kefahaman serta jaringan kerjasama demi pembangunan masyarakat setempat,” kata kenyataan itu lagi.-TVS

BERITA LAIN

BERITA TERBARU