ARTIKEL

Sesi pendaftaran masuk ke Kolej Komuniti Sarikei dan Kolej Komuniti Sarikei Cawangan Sibu

Kolej Komuniti buka pendaftaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Kolej Komuniti Sarikei dan Kolej Komuniti Sarikei Cawangan Sibu masih membuka pendaftaran terus untuk melanjutkan pengajian di institusi berkenaan.

Menurut Pegawai Pengambilan kolej berkenaan, Nurmawati Bohari, sesi pendaftaran tersebut akan dibuka sehingga 29 Februari bagi Sesi II 2023/2024.

“Cara bagi pelajar yang berminat untuk memohon masuk ke kolej ini ialah boleh berhubung terus dengan Pegawai Pengambilan di talian 013-5622433.

“Ataupun mereka boleh datang terus ke Kolej Komuniti Sarikei atau Kolej Komuniti Sarikei Cawangan Sibu untuk pendaftaran,” katanya.

Ujarnya lagi, kolej ini turut menawarkan Program Sijil Kulinari dan Sijil Teknologi Maklumat, manakala cawangannya di Sibu menawarkan Sijil Pengembaraan Pelancongan.

Berita lanjut dalam epaper STSS.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU