ARTIKEL

AKRAB... Wan Junaidi (4 kiri) serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi (empat kanan) menerima kunjungan hormat daripada rombongan KPT yang diketuai oleh Dr Zambry di Astana Negeri di sini, hari ini.

Komitmen tinggi kerajaan Sarawak kepada pendidikan dipuji KPT

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan persekutuan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memuji komitmen tinggi kerajaan Sarawak terhadap pendidikan di negeri ini.

Menterinya, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir, berkata ia berikutan kewujudan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) swasta di bawah kerajaan Sarawak di negeri ini.

“Seperti sedia maklum, kerajaan Sarawak mempunyai lima buah IPT swasta di bawah kerajaan negeri, dan ini menunjukkan komitmennya yang sangat tinggi terhadap pendidikan di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, di Astana Negeri di sini hari ini.

Sementara itu katanya, KPT akan terus komited dalam usaha mengukuhkan lagi kedudukan IPT di Sarawak dengan berurusan secara berterusan di negeri bagi memantapkan lagi semua IPT di bawah KPT.

Jelasnya, ia menunjukkan komitmen kerajaan persekutuan menerusi KPT terhadap pendidikan di Sarawak.

Selain itu, beliau turut mengulas mengenai keadaan institusi di Sarawak yang memerlukan perhatian pihak pentadbiran.

“Sepanjang dua hari lawatan saya di sini, saya dapati terdapat kemudahan di IPT yang memerlukan perhatian dan baik pulih,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU