Komitmen untuk menyokong program keilmuan untuk generasi muda

BINTULU: Menteri di Jabatan Ketua Menteri(Integriti dan Ombudsman) Datuk Haji Talib Zulpilip menyatakan komitmen untuk terus menyokong usaha penganjuran program berbentuk ilmiah demi masa depan generasi muda khususnya di kawasan Bintulu dan Jepak, amnya.

Ini,katanya, kerana beliau mahu melihat lebih ramai generasi muda memiliki ilmu pendidikan yang tinggi agar mereka sukses dalam kehidupan di masa akan datang.

Beliau, bagaimanapun, menegaskan sokongan ibubapa amat penting dalam pendidikan anak-anak.

Tanpa sokongan dari kita sebagai ibu bapa, anak-anak merasakan mereka tidak dihargai dan tidak bersemangat untuk belajar, katanya pada Majlis penangguhan Program Gemilang UPSR Va’ie 2019 ‘Membudayakan Kecemerlangan Merencana Warisan’ bertempat di Hotel Kemena, di sini.

Dalam ucapan ringkasnya, Talib yang juga ADUN Jepak turut menekan tentang pentingnya pendidikan di kalangan anak- anak yang mana golongan tersebut harus belajar bersungguh- sungguh ke arah mencapai kejayaan.

Tegasnya, kejayaan tidak hanya boleh diperolehi dengan belajar ‘smart’ semata- mata,sebaliknya, ia mesti diiringi dengan kesungguhan dan kerja keras.

Seramai 90 calon peperiksaan UPSR dari enam sekolah rendah dalam konsituensi DUN Jepak iaitu SK Kampung Baru, SK Bintulu SK Kampung Jepak, SK Assyakirin, SK Orang Kaya Mohamad dan SK Kuala Tatau menyertai program dua hari bermula 3 dan 4 Ogos anjuran bersama Badan Warisan Sejarah dan Kebudayaan Va’ie Bintulu(BAWARIS) dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN N.67 Jepak.

UNTUK ALBUM… Talib merakamkan gambar bersama para peserta Program Gemilang UPSR Va’ie 2019 ‘Membudayakan Kecemerlangan Merencana Warisan’.

 

TERUSKAN USAHA… Talib menyampaikan cenderahati kepada wakil peserta Program Gemilang UPSR Va’ie 2019 ‘Membudayakan Kecemerlangan Merencana Warisan’.

Suara Sarawak