ARTIKEL

Mohamad Zainal berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Padawan dan Kota Samarahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Samarahan, hari ini.

Kompleks Baharu IPK Sarawak Dibina Di Petra Jaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pembinaan kompleks Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak yang baharu kini memasuki fasa penyediaan dokumentasi selepas isu tapak projek berjaya diselesaikan hasil persetujuan antara Kerajaan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, perkembangan itu susulan persetujuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke atas cadangan Kerajaan Sarawak untuk menyediakan tapak baharu bagi pembinaan kompleks berkenaan.

Menurutnya, projek tersebut sebelum ini menerima kelulusan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan menerusi belanjawan tahun lalu dan kini berada pada peringkat melengkapkan segala keperluan dokumentasi sebelum pembinaan dapat dimulakan.

“Alhamdulillah, minggu lepas kita menerima khabar gembira apabila Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersetuju dengan cadangan Kerajaan Sarawak yang menyediakan tanah baharu bagi pembinaan IPK Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Padawan dan Kota Samarahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Samarahan, hari ini.

Mohamad Zainal berkata, pembinaan IPK baharu tersebut diyakini mampu memperkukuh pengurusan serta pentadbiran Polis Kontinjen Sarawak serta menyediakan persekitaran kerja yang lebih kondusif kepada pegawai dan anggota.

Katanya, tapak baharu yang dipersetujui terletak di Petra Jaya, berhampiran Stadium Perpaduan.

Menurutnya, projek pembinaan melibatkan peruntukan kira-kira RM520 juta yang diluluskan Kerajaan Persekutuan, namun kos berkenaan berkemungkinan berubah bergantung kepada keadaan dan penyediaan tapak projek.

Sebelum ini, projek pembinaan IPK Sarawak yang baharu berdepan isu berkaitan lokasi tapak.

Bagaimanapun, perkara itu berjaya diselesaikan selepas Kerajaan Sarawak menyediakan tapak baharu di Petra Jaya yang dipersetujui Kerajaan Persekutuan, sekali gus membolehkan projek berkenaan memasuki fasa penyediaan dokumentasi sebelum pembinaan dimulakan.

-tanat-

BERITA LAIN

BERITA TERBARU