ARTIKEL

Juanda menyaksikan penyerahan tapak projek daripada agensi kepada kontraktor, semalam.

Kompleks sukan komuniti Igan siap dijangka September

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IGAN: Penduduk Daerah Kecil Igan bakal menikmati kemudahan sukan dan rekreasi baharu menerusi pembinaan kompleks sukan komuniti dan rekreasi yang dilaksanakan di kawasan ini.

Pembinaan kompleks berkenaan menjadi pelengkap kepada kemudahan sedia ada di peringkat kampung, khususnya selepas kewujudan dewan masyarakat yang berperanan sebagai pusat aktiviti dan perhimpunan penduduk setempat.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya berkata, pelaksanaan projek itu dimulakan dengan kerja-kerja awal melibatkan penembokan kawasan sebagai fasa pertama selepas tapak projek dikenal pasti.

“Insya-Allah, sejurus penyerahan tapak projek kepada pihak kontraktor, kerja-kerja penembokan akan dimulakan dalam masa terdekat,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Tapak Projek Kompleks Sukan Komuniti dan Rekreasi Igan kepada kontraktor, semalam.

Sehubungan itu, Juanda yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng berharap agar Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta penduduk setempat dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek berkenaan.

Jelasnya, kerja-kerja pembinaan projek tersebut dijadualkan berlangsung sehingga September ini.

“Diharapkan pihak kontraktor dapat menyiapkan projek lebih awal, memandangkan proses kelulusan serta sokongan daripada agensi berkaitan akan dipercepatkan. Bukan itu sahaja, ia perlu disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau berharap agar pembinaan Kompleks Sukan Komuniti dan Rekreasi Igan dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan serta dilaksanakan dengan lancar demi manfaat penduduk setempat.

Cadangan pembinaan Kompleks Sukan Komuniti dan Rekreasi Daerah Kecil Igan.
Cadangan pembinaan Kompleks Sukan Komuniti dan Rekreasi Daerah Kecil Igan.
Cadangan pembinaan Kompleks Sukan Komuniti dan Rekreasi Daerah Kecil Igan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU