ARTIKEL

AHLI Rider's Diary berkumpul sebelum memulakan program Ride Amal Ramadan.

Komuniti motosikal bantu masyarakat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MINAT terhadap dunia permotoran bukan sekadar tentang perjalanan dan jentera.

Bagi komuniti penunggang motosikal Rider’s Diary (RD), minat tersebut turut menjadi platform membantu masyarakat serta memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Melalui program Ride Amal Ramadan 2026, komuniti ini mengambil inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan dan memerlukan, khususnya anak-anak yatim dan asnaf.

ANTARA ahli Rider’s Diary yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Program tersebut menjadi satu usaha yang menggabungkan minat terhadap dunia permotoran dengan nilai kemanusiaan serta tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Menurut pengasas Rider’s Diary, Azhar Johny, 33, penubuhan komuniti tersebut bermula daripada pengalaman perjalanan yang cukup bermakna.

“Idea penubuhan Rider’s Diary tercetus daripada pengalaman duo ride oleh pasangan suami isteri sempena akhir tahun.

“Perjalanan tersebut melalui laluan Kuching-Sibu-Bintulu-Miri dengan jumlah jarak perjalanan pergi dan balik sejauh 1,596 kilometer.

“Daripada perjalanan inilah akhirnya tercetusnya nama Rider’s Diary yang menggambarkan pengalaman serta perjalanan dalam dunia permotoran,” katanya kepada Suara Sarawak.

Dalam pada itu, komuniti ini berasal dari Kuching dan ditubuhkan pada 2021.

PEMILIK rumah kebajikan (tengah) merakam ucapan terima kasih kepada Rider’s Diary.

Pada peringkat awal, komuniti ini hanya bermula secara kecilkecilan sebelum semakin aktif dalam aktiviti permotoran.

Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kumpulan ini mula bergiat aktif dalam dunia permotoran melalui penyertaan dalam acara Bike Week 2022.

Kini, Rider’s Diary mempunyai 50 ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama.

Ahli komuniti ini juga menggunakan pelbagai kategori jentera motosikal. Menurut Azhar, komuniti ini tidak menetapkan sebarang syarat dari segi kelajuan atau jenis motosikal untuk menyertai kumpulan mereka.

Pendekatan ini menjadikan komuniti tersebut lebih terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai minat terhadap dunia permotoran.

“Kami terdiri daripada pelbagai kategori jentera dan latar belakang.

Dalam kumpulan ini, kami tidak menetapkan kelajuan motosikal untuk menyertai kumpulan. “Seperti slogan kami, Datang tanpa diundang, pergi tak dihalang,” ujarnya sambil tersenyum.

ANAK-anak Pertubuhan Kebajikan Baiturahmah yang mengikuti program amal.

Tambah beliau, komuniti tersebut bukan sekadar tempat untuk berkongsi minat terhadap permotoran, malah turut menekankan nilai persaudaraan dalam kalangan ahli.

“Tujuan utama Rider’s Diary adalah untuk merapatkan hubungan persaudaraan, umpama adik-beradik sesama sahabat. “Selain itu, kami juga menekankan sikap tolongmenolong serta membantu sesama ahli,” katanya lagi.

Azhar juga berkata, semangat kebersamaan dalam kalangan ahli menjadi salah satu kekuatan utama komuniti tersebut.

Idea untuk menganjurkan program Ride Amal tercetus daripada keinginan untuk menggabungkan minat dalam sukan permotoran dengan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Menurutnya, program tersebut bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim sesama ahli, malah memberi peluang kepada komuniti tersebut untuk membantu golongan yang memerlukan.

Seramai 17 ahli Rider’s Diary terlibat secara langsung dalam program Ride Amal Ramadan 2026 di Pertubuhan Kebajikan Baiturrahmah, Jalan Temenggong Haji Gobil.

Antara sumbangan yang diberikan kepada anak-anak yatim ialah barangan dapur dan sumbangan wang sempena Aidilfi tri yang akan menjelang tidak lama lagi.

Menurut beliau, membantu rumah anak yatim merupakan satu tindakan yang sangat bermakna kerana dapat membantu memenuhi keperluan asas anak-anak tersebut.

Beliau berharap sumbangan yang diberikan dapat memberi sedikit kegembiraan kepada anak-anak yatim yang menerima bantuan tersebut.

“Kami mahu mereka tahu bahawa mereka tidak bersendirian dan masih ramai masyarakat yang mengambil berat tentang mereka.

“Mudah-mudahan ia menjadi motivasi untuk mereka terus belajar, berusaha dan mengejar impian pada masa hadapan,” katanya dengan penuh harapan.

Tambahnya lagi, program kebajikan seperti ini memberi kesan positif kepada masyarakat kerana dapat menyatukan individu daripada pelbagai latar belakang untuk membantu golongan yang memerlukan.

“Program seperti ini memberi impak besar kerana dapat memupuk nilai empati, keprihatinan dan semangat kebersamaan dalam komuniti,” katanya.

Walaupun menghadapi cabaran pada peringkat awal kerana tidak mendapat penajaan daripada mana-mana pihak, program tersebut tetap berjaya dilaksanakan melalui sumbangan daripada ahli Rider’s Diary sendiri.

Azhar turut merakamkan penghargaan kepada semua ahli yang menyumbang secara ikhlas bagi menjayakan program tersebut.

“Jika diberi umur yang panjang dan kesihatan yang baik, kami akan terus menyumbang untuk membantu orang yang lebih memerlukan di sekeliling kami,” katanya.

SUMBANGAN… Azhar Jonny (Kanan) menyerahkan sumbangan.

BERITA LAIN

Pencapaian penulis PUTERA

DALAM konteks perkembangan sastera di Sarawak, Hadiah Sastera Sarawak (HSS) memainkan peranan penting sebagai wadah pengiktirafan terhadap ketekunan, kreativiti dan sumbangan para penulis tempatan. Sebelum

Teknologi rapat jurang kaunseling

DUNIA sedang berubah. Cara manusia bekerja, berkomunikasi dan mendapatkan maklumat turut berubah. Tanpa kita sedari, cara manusia mendapatkan sokongan emosi juga sedang berubah. Telefon pintar,

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan