ARTIKEL

Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Konflik Asia Barat Tidak Jejaskan Perolehan Bahan Binaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Konflik Asia Barat melibatkan Amerika Syarikat, Israel-Iran tidak menjejaskan perolehan bahan binaan untuk pembinaan beberapa projek infrastruktur di Sarawak.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, meskipun konflik sedikit banyak mendatangkan isu, ia tidak akan sampai ke tahap mengganggu kerja-kerja pembinaan seperti lapan jambatan yang dijangka siap tahun ini.

Malah pihaknya yakin pelaksanaannya akan berjalan seperti dirancang selain memantau keadaan dengan rapat.

“Bagi projek jambatan, saya tidak fikir kita mempunyai masalah besar. Mungkin ada sedikit isu kecil, tetapi tidak sampai mengganggu jadual siap tahun ini. Projek Jambatan Batang Lupar 1 pula berjalan dengan sangat baik,” katanya ketika ditemu bual media selepas menyempurnakan Program Libat Urus Infrastruktur Sarawak 2026 di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata, beliau berjumpa dengan kontraktor bagi pembinaan Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) 2 untuk berbincang program perolehan bahan binaan, termasuk sumber bekalan dan sebagainya.

Jelasnya, ini bagi memastikan pihaknya dapat menentukan perancangan mereka serta perkembangan semasa.

Ditanya soal kenaikan harga bahan binaan, beliau berkata kerajaan negeri dan Persekutuan sedang meneliti pendekatan terbaik untuk menangani situasi tersebut serta mencari kaedah penyelesaian.

“Bagi projek jambatan, kita yakin ia akan berjalan lancar,” katanya.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan