ARTIKEL

Fatimah menyampaikan duit raya kepada salah seorang penerima dalam Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri 2025 Daerah Dalat, hari ini.

Kongsi Kebahagiaan Aidilfitri: 150 Terima Bantuan Sejambak Kasih

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DALAT: Rakyat Sarawak bertuah kerana mempunyai banyak sistem sokongan dalam negeri yang membantu golongan kurang berkemampuan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata antara inisiatif yang dilaksanakan adalah melalui Majlis Sejambak Kasih pada setiap perayaan.

“Kita telah mengadakan Majlis Sejambak Kasih selama lebih daripada 25 tahun dan ia dapat membantu para penerima.

“Selain Hari Raya Aidilfitri, kita juga melaksanakan Sejambak Kasih sempena Tahun Baharu Cina, Gawai Dayak, Krismas, dan Deepavali.

“Namun, bagi Sejambak Kasih Deepavali, kita hanya melaksanakannya di bahagian Kuching sahaja,” katanya.

Fatimah menyempurnakan simbolik penyerahan katil daripada Yayasan Cinta Amal kepada Pusat Khidmat Dalat.
Rakam Kenangan… Fatimah merakam kenangan bersama hadirin lain dalam majlis tersebut.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri 2025 Daerah Dalat di Kompleks Kebajikan Dalat, di sini, hari ini.

Fatimah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, menegaskan bahawa tiada kaum yang terpinggir daripada menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dalam majlis tersebut, beliau telah menyampaikan sumbangan kepada 150 penerima yang layak.

Pada tahun ini, penerima bukan sahaja menerima hamper dan wang tunai sebanyak RM100, tetapi juga barangan lain bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Antaranya ialah 150 kampit beras daripada Dalat Food Convenience Store, 150 pasang kain daripada Syarikat Jasmin Jawahar Sdn Bhd, serta dua buah katil Homecare Bed daripada Yayasan Cinta Amal.

Fatimah ketika menyempurnakan Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS di sini.

Turut hadir, Residen Bahagian Mukah Datuk Kueh Lei Poh, Pegawai Daerah Dalat Mathew Hubert, dan wakil Pegawai JKM Mukah, Nurfathira Abdul Rashid.

Terdahulu, Fatimah menyempurnakan Jerayawara Bubur Lambuk Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Dalat Tahun 2025.

Sebanyak 600 bungkus bubur lambuk telah diedarkan dalam program tersebut.

BERITA LAIN

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan

BERITA TERBARU