ARTIKEL

Kongsi modal sumbang sanitasi untuk pelajar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MUKAH: Demi keselamatan dan kesihatan murid-murid serta warga sekolah, alma mater SK Kampung Tellian Mukah menyumbangkan sebanyak enam unit pensanitasi tangan untuk kegunaan sekolah tersebut.

Menurut wakil bekas pelajar, Terren Sanchez, mereka seramai enam orang berkongsi modal untuk membuat alat tersebut.

“Kami merasa terpanggil untuk menyumbangkan alat ini supaya memudahkan murid-murid dan warga sekolah yang akan turun semula ke sekolah dalam kelaziman baharu,” katanya.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada Yang Dipertua (YDP) PIBG SK Kampung Tellian, James Anthony. “Selaku YDP PIBG, saya berasa terharu akan inisiatif enam orang alma mater sekolah ini yang prihatin akan keperluan sekolah di samping meringankan sedikit peranan PIBG.

Saya juga amat mengharapkan alma mater yang lain mencontohi inisiatif sebegini,” kata James.

Sebagai rekod, SK Kampung Tellian Mukah mempunyai 20 orang guru, tiga kakitangan pelaksana dan 222 orang murid. Sekolah berkenaan masih menumpang bangunan di SK Mukah sejak 16 tahun yang lalu.

Bangunan baharu SK Kampung Tellian Mukah telah siap sepenuhnya dan menunggu masa untuk beroperasi.

LAIN-LAIN BERITA

Lelaki maut, jatuh Jambatan Batang Salak

KUCHING: Seorang lelaki menemui ajal selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Batang Salak, Jalan FAC di sini, hari ini. Komander Operasi PBK II

Sasar latih 10,000 rakyat Sarawak secara percuma

KUCHING: Kementerian Sumber Manusia mensasarkan melatih seramai 10,000 rakyat Sarawak secara percuma dalam pelbagai jenis kursus sempena Minggu Latihan Kebangsaan yang akan bermula dari 24

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian