ARTIKEL

Abang Johari semasa sidang media selepas Upacara Khas Penyerahan Kepimpinan Baharu PERKIM, hari ini. (FOTO: UKAS)

Konsep kebajikan dalam Islam perlu diperluaskan – Abang Johari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pengurusan aset wakaf secara sistematik dan berlandaskan syariat mampu menjadi pemangkin ekonomi umat Islam.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, konsep kebajikan dalam Islam perlu diperluaskan lagi, melebihi bantuan segera.

“Terutamanya dengan memberi tumpuan kepada pengurusan harta wakaf sebagai sumber pendapatan jangka panjang yang berkat dan mampan.

“Kita dapat lihat masyarakat Islam di Malaysia, mereka mempunyai aset dan aset ini harus diurus dengan baik menurut syariat Islam.

“Ia mampu memberi pulangan ekonomi yang besar kepada masyarakat Islam selain ganjaran daripada Rasulullah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Upacara Khas Penyerahan Kepimpinan Baharu Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), di sini, hari ini.

Abang Johari menyantuni mereka yang hadir dalam upacara tersebut. (FOTO: UKAS)

Sehubungan itu, dalam usaha memperkukuh hala tuju tersebut, beliau akan mengadakan perbincangan bersama kepimpinan PERKIM bagi merangka pendekatan terbaik dalam menguruskan aset dan kebajikan umat secara holistik.

Dalam pada itu, Abang Johari turut menekankan keperluan memperkasa pendidikan teknikal dalam kalangan generasi muda.

Ujarnya, ini sebagai langkah agar golongan tersebut lebih bersedia menyertai ekonomi baharu.

“Di Sarawak, kita telah membangunkan pelbagai sudut pendidikan teknikal untuk anak-anak Islam.

“Saya mahu dasar latihan ini dibincangkan di peringkat kebangsaan agar selaras dengan keperluan ekonomi semasa,” jelasnya.

Di samping itu, beliau yakin bahawa kerjasama dengan kepimpinan baharu PERKIM di peringkat nasional mampu meneruskan legasi perjuangan yang telah diasaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Terdahulu, Abang Johari secara rasmi dilantik sebagai Yang Dipertua baharu PERKIM pada Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Kali Ke-64.

BERITA LAIN

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan