Atiqah Azman (Pelatih UNIMAS)
KUCHING: Konsert Penghargaan Peringatan ke-31 Teresa Teng — penyanyi legenda Asia dari Taiwan anjuran Eksekutif Evac Holdings Group Sdn Bhd diadakan pada 24 dan 25 Julai depan di Hotel Pullman di sini.
Pengarah Eksekutif Evac Holdings Group Sdn Bhd, Michael Leong berkata, konsert tersebut menampilkan penyanyi bertaraf antarabangsa, Hu Die.
“Dikenali dengan gaya vokal yang lembut dan penuh ekspresi, serta diiktiraf oleh keluarga Teresa Teng sebagai penyanyi yang layak meneruskan legasinya, Hu Die membawa keaslian dan kedalaman emosi yang mencerminkan semangat penyanyi legenda tersebut,” katanya pada sidang media Konsert Penghargaan Peringatan ke-31 Teresa Teng di sini, semalam.
Turut hadir Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah serta timbalannya, Datuk Sebastian Ting dan Datuk Snowdan Lawan.
Beliau menambah, turut bersama-sama Hu Die ialah Wang Tianyi, yang terkenal sebagai ‘Teresa Teng lelaki.
Menjelas lanjut, Michael berkata sebanyak 1,500 tiket akan dijual untuk hari pertama konsert, manakala 1,500 lagi untuk hari kedua, dengan tiket boleh didapati melalui SwiftTic.my dan aplikasi Pay’n’Go.
Sementara itu, Karim menyifatkan legasi Teresa Teng sebagai simbol penyatuan merentas generasi.
“Ini bukan sekadar konsert. Ia adalah penghormatan kepada ikon budaya yang suaranya menjadi jambatan merentas negara, bahasa dan generasi,” katanya.
Justeru, beliau optimis konsert tersebut akan menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi kreatif dan sektor pelancongan Sarawak.

Wenzel Mahu Tebus Kecewa Di Kemboja, Janji Beri Segalanya Untuk Sarawak
KUCHING: Penyerang Kuching City FC, Dylan Wenzel-Halls mahu menjadikan aksi pertama Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di laman sendiri sebagai peluang menebus kekecewaan selepas gagal


