ARTIKEL

Konsert Peterpan himpun ribuan peminat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PETALING JAYA: Ribuan peminat muzik era awal 2000-an membanjiri Idea Live Arena malam Sabtu bagi menyaksikan konsert The Journey Continues To Malaysia Peterpan – Semua Tentang Kita, yang menampilkan anggota asal kumpulan Peterpan.

Menurut Bernama, konsert itu menampilkan Ilsyah Ryan Reza, Andika Naliputra, Hendra Suhendra dan Loekman Hakim bersama beberapa penyanyi jemputan, termasuk Marcello Tahitoe (Ello), Rony Parulian, Tantri Kotak, Arda Hatna dan Hael Husaini.

Walaupun tanpa vokalis asal, Ariel, persembahan tetap mendapat sambutan hangat apabila peminat menyanyikan lagu-lagu popular seperti Taman Langit, Ada Apa Denganmu, Mungkin Nanti, Bintang di Surga dan Semua Tentang Kita.

Hael Husaini mengakui berasa gementar berkongsi pentas dengan kumpulan yang banyak mempengaruhi industri muzik serantau, manakala Arda Hatna berkongsi kisah peribadinya berkaitan lagu Ku Katakan Dengan Indah.

Konsert kira-kira dua jam itu mencapai kemuncaknya apabila ribuan penonton menyanyikan Mimpi Yang Sempurna beramai-ramai, membuktikan karya Peterpan terus dekat di hati peminat.

BERITA LAIN

Dul Jaelani sertai ITOK FEST

TEKA-TEKI mengenal artis Indonesia yang bakal menyertai barisan penghibur ITOK FEST akhirnya terjawab apabila penyanyi dan pemuzik Abdul Qodir Jaelani, yang lebih dikenali sebagai Dul

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan