ARTIKEL

MEMUKAU… Persembahan daripada kumpulan Senseless

Konsert SARXINDO mulakan Pesta Pra Malam Tahun Baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bertemakan Pesta Pra Malam Tahun Baharu, pembuka Konsert SARXINDO hari ini menyajikan persembahan bertenaga daripada kumpulan tempatan Alu Alu Band bermula jam 7 malam.

Tinjauan Suara Sarawak mendapati pengunjung mula menghadiri Kampung Budaya Sarawak (SCV) seawal jam 6.30 petang bagi menyaksikan persembahan artis tempatan dan antarabangsa yang bakal memeriahkan konsert malam ini.

Penonton juga disajikan persembahan kumpulan muzik metal tempatan Senseless yang terdiri daripada empat ahli kumpulan.

Konsert ini juga menampilkan DJ terkenal dari Kuala Lumpur, Sarawak dan Indonesia seperti DJ Awang; DJ Lenn; DJ Cassie D dan DJ Alexis Grace akan memainkan set penutup sehingga 1 pagi.

Sementara itu pada malam esok dengan tema ‘Sarawak Galau’, akan menampilkan Big Jamm Band dan Meruked dan DJ Keeyushee sebagai persembahan pembuka untuk tiga artis Indonesia yang dinantikan, iaitu Aris Idol dari kumpulan ST12, kumpulan Dadali dan kumpulan Nidji.

Penonton juga disediakan bas pengangkutan bermula dari The Hills ke SCV dengan waktu pengambilan pada jam 2 petang, diikuti jam 4 petang dan 6 petang.

Bas turut disediakan untuk menghantar penonton ke The Hills dengan waktu pengambilan bas dari SCV pada jam 1 pagi, 2 pagi dan 3 pagi.

Pada hari kedua konsert, bas turut disediakan dari The Hills bermula jam 12 tengahari, diikuti dengan waktu pengambilan pada jam 2 petang, 4 petang, dan 6 petang.

Bagi mereka yang ingin menikmati suasana konsert sehingga ke penghujung, bas juga disediakan untuk pengambilan pada jam 1 pagi dan 2 pagi dari SCV ke The Hills.

MEMUKAU… Persembahan daripada kumpulan Senseless

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU