ARTIKEL

Kontena dan lori treler terbalik hempap kereta, dua beranak maut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Dua beranak maut apabila kereta yang mereka naiki dihempap sebuah kontena dan lori treler yang terbalik di Jalan Pelabuhan Sepanggar Bay, berhampiran Wisma SabahPorts, malam tadi.

Mangsa ialah pemandu kenderaan serba guna (MPV), Mohd Jadi Pelbi, 53, dan anak perempuannya, Norfaieza Mohd Jadi, 24, yang duduk di tempat penumpang.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, keterangan saksi menyatakan lori treler itu hilang keseimbangan ketika menaikkan sebuah kontena ke atas treler di tepi jalan utama.

Sebanyak 26 anggota bomba bergegas ke lokasi sejauh 25 kilometer selepas panggilan kecemasan diterima pada 6.31 petang, manakala dua buah kren syarikat lori terbabit tiba pada 9.21 malam untuk mengangkat kontena itu.

Susulan kejadian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustafa Sakmud menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa menyiasat punca insiden serta memastikan sesiapa yang cuai dipertanggungjawabkan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Bella gementar nyanyi lagu baharu depan suami

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Bella Astillah memberi kejutan kepada suaminya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dengan mendendangkan lagu gubahan khas pada resepsi perkahwinan mereka