ARTIKEL

Kontraktor bida projek kerajaan perlu tunjuk prestasi terbaik – Ahmad Zahid

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Semua kontraktor yang membida projek kerajaan perlu menganggap ia sebagai satu peluang untuk menunjukkan prestasi terbaik dari segi kualiti, produktiviti dan profesionalisme selain menyiapkannya dalam tempoh ditetapkan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kontraktor yang telah dianugerahkan projek tertentu pula perlu menganggap ia sebagai amanah dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan kerana di dalamnya terdapat hak yang mesti ditunaikan kepada orang lain.

“Selain sifat amanah, jika kontraktor Bumiputera terus berusaha dan menitikberatkan sifat kreatif dan berdaya saing, mereka akan berupaya memanfaatkan segala peluang serta sentiasa bersedia mengadaptasi norma baharu yang penuh cabaran dan perubahan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Setiausaha Politiknya Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Ke-44 dan Pelancaran Majlis Kontraktor Generasi Baru persatuan itu malam ini.

Menyedari hakikat kesukaran yang dihadapi sektor pembinaan susulan pandemik COVID-19 yang melanda negara beberapa tahun lepas, Ahmad Zahid berkata inisiatif di bawah Ekonomi MADANI berpotensi memacu perubahan positif kepada negara dengan mengguna pakai pendekatan strategik dan berasaskan nilai terutama dalam tempoh ketidaktentuan ekonomi domestik serta global.

“Kerajaan menyedari dalam suasana ekonomi yang begitu mencabar, tidak ramai kontraktor yang sanggup untuk terlibat dalam projek perumahan kos rendah yang kurang memberi pulangan lebih-lebih lagi dalam keadaan harga bahan binaan yang masih tidak menentu.

“Saya percaya peruntukan melalui Belanjawan 2024 di peringkat Kerajaan Persekutuan dan negeri bukan sahaja menjadi pelaburan jangka panjang untuk menghidupkan kembali pembangunan fizikal serta ekonomi tetapi juga akan merancakkan semula aktiviti pelaksanaan projek khususnya bagi kontraktor kecil dan sederhana,” katanya.

Statistik Kementerian Kerja Raya menunjukkan industri pembinaan dianggar mengalami kerugian lebih RM42 bilion sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di negara ini pada 18 Mac 2020 hingga kini.

— BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Mesyuarat mingguan hingga 20 Mac selesai isu padi, beras

KUALA LUMPUR: Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta majlis itu

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim