ARTIKEL

Kontraktor Mohamad Syahril Md Aziz, 43, (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan memukul ejen rumah dengan kayu hingga parah dalam kejadian di Desa Wangi, Pasir Tumbuh pada 12 Februari lalu.

Kontraktor didakwa pukul ejen perumahan hingga cedera parah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU, Kelantan: Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul ejen perumahan hingga cedera parah minggu lepas.

Mohamad Syahril Md Aziz, 43, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Abdullah Abdul Rahman, 45, menggunakan sebatang kayu di tapak tangki Taman Desa Wangi, Pasir Tumboh di sini pada 10.45 pagi, 12 Feb lepas.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Insp Marini Mohamad manakala Mohamad Syahril diwakili peguam Lt Kol (B) Azhar Ahmad.

Terdahulu, Marini menawarkan jaminan RM15,000 terhadap lelaki itu, bagaimanapun Azhar merayu jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya mempunyai lima anak dan menjaga bapanya yang menghidap strok.

Hakim Zulkifli Abllah menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tertuduh tidak dibenarkan mengganggu saksi dan 20 Mac ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

BERITA LAIN

PRN Melaka: 79 calon bertanding

Seramai 79 calon daripada pelbagai parti, gabungan politik dan Bebas disahkan layak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang berlangsung pada 14 Nov.

BERITA TERBARU

DBKU percepat kelulusan lesen kepada 32 jam

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berjaya mempercepat proses kelulusan lesen perniagaan kritikal daripada 150 hari kepada 32 jam, sekali gus melayakkannya menerima Anugerah Platinum