ARTIKEL

Dato Idris Buang dalam kenyataan medianya. Foto: Pusat Khidmat DUN Muara Tuang.

Kontraktor KUTS digesa tangani gangguan bekalan air di Samarahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Gangguan bekalan air bersih yang melanda beberapa kampung di daerah ini sejak semalam menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk apabila mereka terpaksa berdepan kesulitan mendapatkan bekalan air harian susulan kerja pengorekan projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) di Jalan Canna.


Kerja-kerja tersebut, yang dijalankan oleh kontraktor bagi laluan biru, pakej 2 projek itu, telah menyebabkan kerosakan pada saluran paip utama, mengakibatkan tekanan air rendah dan bekalan terputus sepenuhnya di 11 buah kampung sekitar.


Insiden tersebut memberi kesan langsung kepada ratusan keluarga di kawasan seperti Kampung Menaul, Kampung Rimba Padi, Kampung Seniawan Jepun, Kampung Tanjung Parang dan beberapa kampung lain yang terpaksa bergantung kepada bekalan air alternatif untuk meneruskan urusan harian.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato Idris Buang, yang juga Timbalan Speaker DUN Sarawak, menyifatkan kejadian itu sebagai sesuatu yang amat mengecewakan dan mendesak agar pihak kontraktor bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gangguan tersebut.


“Kita tidak boleh berdiam diri apabila kepentingan rakyat terjejas akibat kecuaian yang berulang. Kesulitan seperti ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya kerja-kerja tapak dijalankan dengan penuh teliti dan profesional,” katanya dalam satu kenyataan.


Beliau turut memaklumkan bahawa Pusat Khidmat DUN Muara Tuang segera mengatur penghantaran bekalan air bersih ke kawasan terjejas dengan menggunakan lori tangki dan tong air daripada pembekal swasta, sebagai langkah segera bagi meringankan beban penduduk.


Idris turut mencadangkan agar pihak KUTS menunjukkan keprihatinan dengan menyalurkan bantuan kecemasan berupa air minuman kepada semua rumah yang terkesan, sekurang-kurangnya tiga kotak air mineral setiap rumah, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR).


“Kita faham projek ini penting untuk pembangunan negeri, tetapi ia tidak boleh dijalankan dengan mengabaikan kesejahteraan rakyat. Kecuaian mesti diambil serius dan tindakan perlu diambil agar kejadian seumpama ini tidak berulang,” tegasnya.


Beliau berharap agar semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek pembangunan di negeri ini dapat meningkatkan tahap profesionalisme dan memastikan kerja-kerja dijalankan dengan pemantauan rapi agar tidak menjejaskan rakyat. -TVS

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU