KUCHING: Kementerian Kesihatan (KKM) kini sedang mencari kontraktor penyelamat untuk menyiapkan projek pembinaan klinik pergigian di daerah Daro.
Beliau berkata, pelarasan kos projek yang diminta oleh KKM telah diluluskan oleh Kementerian Ekonomi Persekutuan.
“Makluman daripada penamatan kontrak oleh KKM telah dikeluarkan pada 8 September 2022 kerana kegagalan kontraktor yang dilantik untuk menyiapkan projek dalam masa yang ditetapkan,” katanya pada persidangan DUN, hari ini.
Dalam pada itu, beliau juga berkata bahawa Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengambil langkah sementara dalam memenuhi pelbagai keperluan perkhidmatan pergigian di Daro.
Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.