Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Konvensyen PBB tahun ini diadakan di tiga bahagian

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
MESYUARAT… Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di Kuching, hari ini. Turut kelihatan Uggah (kiri) dan Tengah (kanan). Photo Ukas.

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bakal mengadakan konvensyen parti sempena 60 tahun Sarawak merdeka di tiga bahagian di negeri pada tahun ini.

Premier Sarawak yang juga Presiden PBB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, konvensyen tersebut akan diadakan di Zon Selatan, Zon Tengah dan Zon Utara.

Katanya, penganjuran konvensyen itu untuk berkongsi perkembangan terkini kepada ahli parti berhubung pencapaian Sarawak selain maklumkan berkaitan masa depan dalam bidang ekonomi sosial.

“Ini kerana ekonomi Sarawak ketika ini sedang beralih kepada ekonomi baharu dan juga banyak sektor-sektor baharu yang mungkin tidak ada di tempat lain akan dilaksanakan di negeri ini,” katanya.

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di Ibu Pejabat PBB di sini, hari ini..

Hadir sama Timbalan-Timbalan Premier merangkap Timbalan Yang di-Pertua PBB, Datuk Amar Douglas Uggah dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Yang di-Pertua Kanan PBB, Datuk Sri Fadillah Yusof serta ahli- ahli MT lain.

Baca lain  Padah jurujual judi online

Pada tahun lalu, Perhimpunan Agung PBB Ke-15 berlangsung selama tiga hari bermula 17 hingga 19 Jun di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

Perhimpunan dibanjiri lebih 2,000 perwakilan dari seluruh Sarawak memperdebatkan pelbagai isu seperti Perjanjian Malaysia 1963; politik baharu Malaysia menjelang PRU ke-15; dana kedaulatan; ekonomi hidrogen; penguasaan ruang udara Sarawak serta deposit dan stok karbon.

Untuk rekod, Zon Selatan meliputi Kuching, Samarahan dan Serian diikuti Zon Tengah melibatkan Kapit, Sibu dan Mukah manakala Zon Utara ialah Limbang, Miri dan Bintulu.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru