ARTIKEL

ABANG JOHARI memberikan senyuman manis kepada penduduk Pusa yang menyambutnya di Dataran Tandang Sari, hari ini.

Konvoi Bermotosikal Abang Johari Singgah Di Pekan Tandang Sari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUSA: Kira-kira 1,000 penduduk hadir memeriahkan suasana pekan Tandang Sari bagi menyambut ketibaan Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang singgah di kawasan berkenaan, hari ini.

Ketibaan beliau sekitar 1.50 petang itu disambut penuh meriah oleh masyarakat setempat yang berbaris di sepanjang laluan selain berkumpul di Dataran Tandang Sari, sekali gus mencerminkan sokongan dan keterujaan penduduk dengan kehadiran pemimpin nombor satu negeri tersebut.

Abang Johari yang menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Honda Goldwing singgah di Pusa ketika dalam perjalanan menuju ke Sibu bagi menyertai Konvoi Bermotosikal Premier Sarawak, usai merasmikan Jambatan Batang Lupar I pada sebelah pagi.

Beliau bersama rombongan kira-kira 20 motosikal berkuasa tinggi memulakan perjalanan merentasi beberapa kawasan bagi menyaksikan sendiri perkembangan infrastruktur serta menikmati pengalaman menggunakan kemudahan jalan raya dan jambatan yang baharu dibangunkan.

Sepanjang kira-kira sejam berada di Pusa, Abang Johari meluangkan masa beramah mesra bersama-sama pemimpin masyarakat dan penduduk setempat menerusi majlis jamuan teh, selain bertukar pandangan berkaitan perkembangan serta keperluan pembangunan di kawasan berkenaan.

Kehadiran beliau turut memberi peluang kepada masyarakat Pusa mendekati pemimpin negeri secara lebih dekat dalam suasana santai dan mesra.

Abang Johari dan rombongan kemudiannya berangkat meninggalkan Pusa pada 2.48 petang untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, iaitu Sarikei dan Sibu.

KUMPULAN hadrah Kampung Pusa yang turut menyambut ketibaan Abang Johari di Dataran Tandang Sari, hari ini. Foto. OSMAN RAZALI
ABANG JOHARI memulakan perjalanan untuk menuju ke destinasi seterusnya.
KETERUJAAN penduduk ketika Program Konvoi Bermotosikal Premier Sarawak yang singgah di Dataran Tandang Sari, hari ini. Foto. OSMAN RAZALI
KETERUJAAN penduduk ketika Program Konvoi Bermotosikal Premier Sarawak yang singgah di Dataran Tandang Sari, hari ini. Foto. OSMAN RAZALI
KETERUJAAN penduduk ketika Program Konvoi Bermotosikal Premier Sarawak yang singgah di Dataran Tandang Sari, hari ini. Foto. OSMAN RAZALI

BERITA LAIN

BERITA TERBARU