ARTIKEL

Sesi lafaz lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad pada sesi Taklimat Khas Perwakilan 2026/2027 koperasi berkenaan hari ini.

KOPERKASA perkukuh integriti menerusi Ikrar Bebas Rasuah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad menganjurkan Taklimat Khas Perwakilan bagi sesi 2026/2027 untuk kakitangan operasi di sebuah hotel di sini, hari ini.

Taklimat berkenaan merangkumi topik pengurusan dan Akta Koperasi 1993, selain turut menyentuh aspek integriti kepada kira-kira 50 kakitangan operasi KOPERKASA Sarawak.

Taklimat pertama disampaikan oleh Pegawai Latihan Kanan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak, Mohamad Suandi Mortadza.

Program kemudian diteruskan dengan syarahan integriti oleh Penolong Pesuruhjaya Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak, Azmimzam Abdullah.

Taklimat integriti serta lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) menjadi antara pengisian utama program berkenaan bagi memperkukuh tadbir urus serta akauntabiliti dalam kalangan perwakilan.

Program kemudian diteruskan dengan lafaz Ikrar Bebas Rasuah, disusuli dengan tandatangan Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai oleh Pengerusi Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad, Zaidi Pathi, Pengurus Besar Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad, Wahid Che @ Zaidi Chee, dan Penolong Kanan Pesuruhjaya SPRM Sarawak, Wan Ahmad Nidzam Wan Omar.

Sesi lafaz lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad pada sesi Taklimat Khas Perwakilan 2026/2027 koperasi berkenaan hari ini.
Warga kakitangan Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad merakam gambar kenangan setelah selesai sesi taklimat khas.
Pengerusi Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad Zaidi Pathi menandatangani bebas rasuah sambil disaksikan oleh Pengurus Besar Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad Wahid Che @ Zaidi Chee dan Penolong Kanan Persuruhjaya SPRM Sarawak, Wan Ahmad Nidzam Wan Omar.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU