ARTIKEL

Penduduk menyertai aktiviti korban di pekarangan Masjid Al-Ghazali.

Korban Aidiladha eratkan ukhuwah penduduk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak empat ekor lembu dikorbankan sempena sambutan Aidiladha di Masjid Al-Ghazali, semalam.

Pengerusi Masjid Al-Ghazali, Sumardi Ghazalee berkata, program ibadah korban itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat yang turut bergotong-royong melaksanakan proses penyembelihan dan pengagihan daging korban.

Menurutnya, daging korban berkenaan diagihkan kepada golongan asnaf serta penduduk yang memerlukan di kawasan sekitar.

“Program ini bukan sahaja mengimarahkan sambutan Aidiladha, malah turut memupuk semangat kerjasama dan ukhuwah dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, pihak masjid berharap program seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membantu lebih ramai golongan yang memerlukan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU