ARTIKEL

Korea Selatan guna gelang elektrik jika ingkar PKP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEOUL: Korea Selatan pada Sabtu mengumumkan akan menggunakan gelang elektrik kepada mereka yang melanggar peraturan kuarantin sendiri, dalam usaha untuk menghentikan penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita Yonhap.

Perdana Menteri Chung Sye-kyun berkata langkah itu diambil berikutan kes melanggar arahan kuarantin semakin meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini yang mencetuskan kebimbangan.

“Selepas mempertimbangkan dengan mendalam, kerajaan memutuskan untuk memperkenalkan penggunaan gelang elektrik kepada mereka yang melanggar peraturan kuarantin sendiri, seperti ke luar tanpa kebenaran dan tidak menjawab panggilan telefon,” kata Chung.

Dalam tinjauan baru-baru ini membabitkan 1,000 responden, 80.2 peratus daripadanya menyokong cadangan itu.

Bagaimanapun, ada berpendapat langkah itu boleh melanggar hak asasi manusia.

Kerajaan ketika ini menggunakan aplikasi telefon bimbit bagi memantau pematuhan kuarantin tetapi banyak kes dilaporkan, penduduk meninggalkan telefon mereka di rumah atau mematikan fungsi sistem pengesanan lokasi GPS masing-masing.

Setakat Khamis, lebih 54,000 orang berada di bawah kuarantin sendiri. Lebih 160 orang ditahan kerana melanggar peraturan kuarantin.– BERNAMA

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke