ARTIKEL

Korea Selatan lapor kes Demam Babi Afrika selepas empat bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEOUL: Korea Selatan pada Rabu melaporkan kes Demam Babi Afrika (ASF) pertama dalam tempoh kira-kira empat bulan, lapor Agensi Berita Yonhap.

Menurut Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar, kes terbaharu itu dikesan di sebuah ladang di daerah sempadan antara Korea di Paju, Wilayah Gyeonggi, yang menternak kira-kira 2,500 ekor babi.

Ia merupakan kes keempat dilaporkan tahun ini, dengan kes sebelumnya dikesan di bandar Yangju pada Mac.

Kerajaan mengeluarkan perintah henti operasi sementara selama 48 jam ke atas ladang babi dan kemudahan berkaitan di kawasan berkenaan, serta melaksanakan langkah pencegahan sewajarnya termasuk pelupusan haiwan terjejas bagi mengelakkan penularan virus berkenaan.

ASF tidak menjangkiti manusia tetapi membawa maut kepada babi. Tiada vaksin atau penawar bagi penyakit itu setakat ini. — Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha