ARTIKEL

South Korean President Yoon Suk Yeol/REUTERS

Korea Selatan Pertimbang Tingkatkan Sokongan kepada Ukraine Susulan Perikatan Korea Utara-Rusia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEOUL: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol berkata negaranya mungkin mempertimbangkan untuk meningkatkan sokongan kepada Ukraine, bergantung kepada tahap penglibatan Korea Utara dalam perang Rusia-Ukraine, lapor agensi berita Yonhap, memetik satu wawancara yang diterbitkan pada Khamis.

Dalam wawancara bertulis dengan agensi berita Sepanyol, EFE, Yoon memberikan kenyataan itu menjelang lawatannya ke Amerika Selatan untuk Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Peru dan Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Brazil.

Seoul dan Washington mendakwa bahawa tentera Korea Utara, yang ditempatkan di kawasan barisan hadapan di Kursk, Rusia kini terlibat dalam pertempuran menentang tentera Ukraine.

“Jika kedua-dua pihak tidak menghentikan tindakan ketenteraan berbahaya mereka, kami bersedia melaksanakan langkah-langkah berkesan yang sesuai, termasuk memperkukuh sokongan kepada Ukraine bersama dengan sekutu dan negara-negara sehaluan,” kata Yoon dalam wawancara itu.

Beliau juga memberi amaran terhadap pemindahan teknologi ketenteraan sensitif dari Moscow ke Pyongyang sebagai pertukaran bagi penempatan tentera Korea Utara, dan menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan tentera Korea Utara memperoleh pengalaman peperangan moden di Ukraine.

Yoon menyeru Pyongyang dan Moscow agar menghentikan kerjasama ketenteraan mereka yang “tidak sah” dan menarik balik tentera Korea Utara dari wilayah Rusia, sambil menegaskan bahawa Korea Selatan terus mengekalkan saluran diplomatik dengan Rusia. – BERNAMA-YONHAP

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Nicholas gesa bina poliklinik baharu di Tunoh

KUCHING: Penduduk pedalaman Bukit Mabong berdepan kos perjalanan, penginapan dan kehilangan pendapatan ketika mendapatkan rawatan, mendorong cadangan pembinaan poliklinik baharu di Tunoh bagi memudahkan akses