ARTIKEL

Korea Utara anjur persidangan wartawan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEOUL: Korea Utara buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun menganjurkan persidangan kesatuan wartawan dan menggesa ahlinya menjadi ‘jurucakap yang setia’ kepada Parti Pekerja yang memerintah.

Persidangan kesembilan Kesatuan Wartawan Korea berlangsung di Pyongyang pada Isnin dan Selasa, disertai oleh pegawai tinggi media negara termasuk penyampai berita Korean Central TV Ri Chun-hee, lapor Yonhap memetik Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Pada persidangan itu, pengerusi jawatankuasa pusat kesatuan itu menyeru ahlinya supaya menerima dasar dan pendirian parti pemerintah sebagai kebenaran mutlak dan menjadi jurucakap setia untuk memimpin pembinaan negara sosialis.

Ahli-ahli sebulat suara mengundi untuk menyemak peraturan kesatuan, namun KCNA tidak memberikan butiran lanjut.

Selain itu, ahli kesatuan itu turut memilih pengerusi dan naib pengerusi baharu jawatankuasa pusat.

Menurut KCNA, persidangan itu berfungsi sebagai peluang penting untuk menambah baik penerbitan dan pelaporan berita dengan menetapkan ideologi parti pemerintah sebagai garis panduan yang kukuh. – Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha