ARTIKEL

Korea Utara pamer kekuatan tentera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEOUL: Korea Utara mempamerkan peluru berpandu balistik yang dilancarkan melalui kapal selam yang baharu semasa perakatan tentera di Pyongyang, lapor media rasmi pada Jumaat.
Pengkritik mendakwa perakan itu bertujuan menunjuk-nunjuk kekuatannya beberapa hari sebelum pengisytiharan rasmi pelantikan Joe Biden sebagai Presiden AS.
Perarakan itu diadakan susulan kongres lima tahun parti pemerintah Parti Pekerja dengan pemimpin Kim Jong-un mengisytiharkan AS sebagai “musuh paling utama” negaranya.
Kim memantau perarakan pada Khamis malam itu, dilihat memakai kot hitam dan topi bulu ketika menyaksikan pasukan berkuda, infanteri pakar, artileri dan kereta kebal bergerak memasuki Dataran Kim Il Sung.
Perarakan tentera itu berlangsung dalam situasi udara dingin musim sejuk dan tidak seorang pun peserta memakai pelitup muka. Pada masa yang sama, pesawat terbang di ruang udara di sekitarnya dan membentuk simbol parti itu.
“Senjata paling kuat di dunia, peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari kapal selam, memasuki dataran satu demi satu, menunjukkan kekuatan angkatan bersenjata revolusi,” kata agensi berita rasmi KCNA.
Park Won-gon dari Handong Global University di Selatan menggambarkan ia sebagai “senjata nuklear utama Korea Utara”.
Peluru berpandu SLBM pada kapal selam dijana oleh kuasa nuklear yang didedahkan sebelum ini menjadi pengubah permainan strategik, yang memungkinkan Pyongyang melancarkan serangan mengejut dari dekat ke AS atau melakukan serangan walaupun pasukan daratnya tumpas.
Penganalisis mengatakan Korea Utara menggunakan pertemuan parti dan pertunjukan ketenteraan menghantar mesej kepada bakal pentadbiran di Washington tentang kekuatannya dalam usaha mendapatkan konsesi.
KCNA mengatakan perarakan tentera itu merangkumi roket dengan “kemampuan menyerang yang kuat untuk memusnahkan musuh secara menyeluruh di luar wilayah”. – AFP

BERITA LAIN

17,034 warga emas Jepun meninggal sendirian

TOKYO: Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian meninggal dunia di rumah di seluruh negara

UAE sumbang bantuan 100 tan makanan, perubatan

ABU DHABI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu menghantar pesawat bantuan pertama yang membawa 100 tan makanan, perubatan dan bantuan kemanusiaan untuk membantu mangsa banjir

Singapura tingkatkan langkah keselamatan

SINGAPURA: Singapura meningkatkan langkahlangkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat yang mengorbankan dua anggota polis

BERITA TERBARU