ARTIKEL

FB Fadillah Yusof

Kos sara hidup meningkat, perpaduan perlu terus dipertahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Tekanan ekonomi akibat ketegangan geopolitik di Asia Barat tidak boleh dibiarkan menjejaskan perpaduan masyarakat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata konflik tersebut memberi kesan kepada Malaysia menerusi kenaikan harga minyak, gangguan rantaian bekalan dan peningkatan kos sara hidup.

Menurutnya, keadaan itu boleh mencetuskan keresahan dalam kalangan rakyat jika tidak ditangani dengan baik.

Fadillah berkata Majlis Penasihat Perpaduan Negara turut berperanan menyampaikan maklumat yang tepat bagi mengelakkan salah faham dan provokasi.

Beliau menyeru semua pihak terus memelihara keharmonian serta memperkukuh perpaduan negara ketika berdepan cabaran ekonomi semasa seperti dipetik Bernama.

BERITA LAIN

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi

BERITA TERBARU