KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Kuala Krai merampas 277 toner disyaki tiruan bernilai lebih RM90,000 di sini semalam.
Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail berkata rampasan dilakukan kira-kira 10.30 pagi selepas pegawai penguat kuasa memeriksa sebuah lori Isuzu bernombor pendaftaran tempatan dipercayai membekalkan toner menggunakan cap dagangan tidak sah.
“Pemilik cap dagang mengesahkan kesemua toner yang ditemukan di dalam lori itu ialah barang tiruan. Kes disiasat mengikut Seksyen 102(1)(b) Akta Cap Dagangan 2019,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut menggesa orang ramai agar menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan demi melindungi hak pengguna.

Polis Mukah Tahan Lelaki Disyaki Terlibat Kes Rogol Wanita 18 Tahun
MUKAH: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun bagi membantu siasatan kes disyaki rogol membabitkan seorang wanita berusia 18 tahun di Jalan Petanak, di

