ARTIKEL

KPDN Sarawak rampas 255 unit minuman coklat tiruan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak merampas sebanyak 255 unit minuman malt coklat berkhasiat yang disyaki tiruan, di sini hari ini.

Pengarah KPDN Sarawak Matthew Dominic Barin berkata, rampasan tersebut dibuat oleh sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Sarawak melalui aduan pemilik cap dagangan.

Katanya, serbuan dijalankan ke atas tiga buah premis yang disyaki memiliki dan menjual minuman tersebut.

Penguat kuasa KPDN Sarawak menjalankan serbuan ke atas premis yang disyaki memiliki dan menjual minuman tiruan.

“Kesemua unit minuman malt coklat tersebut bersama beberapa dokumen perniagaan lain telah disita dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM9,814.95

“Kes akan disiasat bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam jagaan atau kawalannya bagi maksud perdagangan apa-apa barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, jika disabitkan kesalahan, denda boleh dikenakan sehingga RM10,000 bagi setiap barang tiruan yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya lagi, bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM20,000 bagi setiap barang tiruan yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Sehubungan itu beliau berkata, KPDN ingin memberikan peringatan serta amaran kepada mana-mana pihak agar tidak melakukan aktiviti menjual barang yang tidak mendapat kelulusan atau kebenaran pemilik cap dagangan berdaftar yang sah.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium