ARTIKEL

Datuk Amar Dr Sim Kui Hian

KPKT peruntuk RM51.55 juta bagi 233 projek infrastruktur awam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sejumlah RM51.55 juta diperuntukkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk melaksanakan 233 projek infrastruktur awam dan RM700,000 untuk 10 projek di bawah Program Bandar Selamat.

Timbalan Premier yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, sehingga kini, 101 projek siap dilaksanakan sementara 142 projek kini dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

Kui Hian berkata, KPKT juga memperuntukkan RM6 juta kepada Sarawak di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) untuk mengurangkan miskin bandar dengan meningkat taraf hidup pemohon yang layak menerusi baik pulih rumah dan bina baharu di kawasan bandar.

Katanya, peruntukkan itu diagihkan secara berfasa iaitu Fasa 1 dan Fasa 2 untuk membaik pulih 300 buah rumah.

“Sehingga kini, 289 buah rumah siap dibaik pulih. Sejumlah 16 buah rumah telah siap sepenuhnya daripada 43 buah rumah yang diluluskan di bawah program bina baharu dengan keseluruhan peruntukkan sejumlah RM2.72 juta,” katanya.

Beliau turut memberitahu, sejumlah RM275.24 juta diperuntukkan untuk menaik taraf jalan raya di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalan Malaysia (MARRIS).

Katanya, RM299 juta diagihkan kepada pihak berkuasa tempatan setakat 31 Oktober lalu, iaitu 83.18 peratus yang diluluskan tahun ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU