ARTIKEL

KPM arah sekolah tingkat pematuhan garis panduan keselamatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan semua sekolah di bawah seliaannya untuk meningkatkan pematuhan terhadap Garis Panduan Pengurusan Sekolah Selamat.

KPM dalam kenyataan berkata, langkah itu penting susulan beberapa kejadian kemalangan yang berlaku di sekolah, termasuk insiden seorang murid perempuan berusian lapan tahun maut selepas dilanggar sebuah van di hadapan pagar sekolah di Batu Pahat, Johor.

“Ia adalah isyarat jelas keperluan untuk memastikan aspek keselamatan sekolah ditingkatkan.

“Pada masa sama, garis panduan baharu sedang dimuktamadkan dengan mengambil kira saranan Jawatankuasa Reformasi Keselamatan Institusi Pendidikan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah KPM, pihaknya turut mendapatkan pandangan pakar termasuk Institut Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) bagi menambah baik tatacara keselamatan dan penggunaan kenderaan di sekolah.

“Semua pentadbir sekolah diminta untuk sentiasa memberi peringatan tentang keselamatan penggunaan kenderaan dalam kawasan sekolah.

“Ini penting dalam memastikan sekolah adalah ruang paling selamat untuk murid, guru dan seluruh warganya,” tegasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU