ARTIKEL

KPM utamakan kebajikan murid, guru

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengutamakan kebajikan murid dan guru, penyelenggaraan sekolah serta pembinaan kemudahan pendidikan baharu menerusi peruntukan hampir RM69 bilion dalam Belanjawan 2027.

Dalam kenyataan hari ini, KPM berkata, peningkatan peruntukan itu merupakan amanah besar yang perlu diterjemahkan kepada pelaksanaan berkesan dan impaknya dapat dirasai seluruh warga pendidikan.

Antara inisiatif yang menjadi fokus ialah Bantuan Awal Persekolahan (BAP), Elaun Sara Hidup Pelajar Tingkatan Enam, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) serta elaun murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK).

Kebajikan dan profesionalisme guru turut diberikan perhatian bagi memastikan kesejahteraan warga pendidik terus terpelihara.

Menurut KPM, penyelenggaraan sekolah dan pembinaan sekolah baharu menjadi keutamaan seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2027.

Sehubungan itu, kementerian akan memperkukuh pelaksanaan program secara berfokus dan berimpak tinggi bagi memastikan setiap peruntukan dimanfaatkan secara optimum berdasarkan keutamaan serta keperluan pihak berkepentingan.

KPM berkata, peruntukan berkenaan turut menyokong aspirasi “Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera” dan mencerminkan komitmen kerajaan menjadikan pendidikan sebagai teras pembangunan negara.

Selaras dengan tema “Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi”, KPM bersedia melaksanakan segala mandat Belanjawan 2027 dengan tadbir urus kewangan yang cekap dan berintegriti.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU