ARTIKEL

KPN: Kenyataan Sirul tak berasas, timbul lebih banyak spekulasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Polis melihat kenyataan Sirul Azhar Umar kepada sebuah media antarabangsa berhubung sabitannya dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2009 tidak berasas dan bersifat kenyataan liar yang boleh menimbulkan lebih banyak spekulasi.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain berkata, ini kerana Sirul telah diberikan peluang untuk membela diri selaras Perlembagaan dan undang-undang di Malaysia.

“Namun, dakwaan beliau (Sirul Azhar) ini tidak pernah dikemukakan kepada mana-mana mahkamah yang mengadili beliau, dari Mahkamah Tinggi sehinggalah Mahkamah Persekutuan.

“Sekiranya beliau yakin dan merasakan perlu keadilan bahawa terdapat keterangan baharu, beliau atau melalui peguamnya, boleh membuat laporan polis agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang perlu berkaitan dakwaan itu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau mengulas wawancara Sirul oleh sebuah media antarabangsa yang disiarkan di televisyen baru-baru ini.

Razarudin berkata, sehingga kini, Sirul Azhar belum membuat sebarang permohonan semakan ke atas hukuman mati yang dihadapinya selari Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 yang memberi tempoh 90 hari untuk pesalah hukuman mati membuat semakan mulai 12 Sept lalu.

Mengulas isu pembebasan Sirul daripada tahanan di Australia, Razarudin berkata, Malaysia memang mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Australia.

“Bagaimanapun, hukuman mati yang dikenakan ke atasnya menyebabkan Sirul tidak dapat di ekstradisi ke Malaysia. Ini kerana Australia tidak mengiktiraf dan tidak mengenakan hukuman mati ke atas pesalah jenayah di negara mereka.”

Katanya, antara syarat perjanjian ekstradisi boleh dilaksanakan ialah kesalahan itu mestilah mempunyai “Dual Criminality”.

Beliau berkata, Malaysia juga mempunyai Mutual Legal Assistance (MLA) dengan banyak negara, termasuk Australia menerusi Mutual Assistance In Criminal Matters Act (Macma 2002).

“Namun, prinsip ‘Dual Criminallity’ juga terpakai dalam akta ini. Ini bermaksud satu kesalahan mestilah menjadi kesalahan jenayah bagi kedua-dua negara yang juga membawa hukuman sama.

“Perkembangan undang-undang terbaharu di Malaysia hanya menghapuskan hukuman mati mandatori. Ini bermakna hukuman mati masih wujud di Malaysia, tetapi tidak lagi menjadi mandatori, sebaliknya mengikut budi bicara mahkamah.”

Berikutan perkembangan undang-undang itu, mana-mana pesalah jenayah yang dijatuhkan hukuman mati dan masih menunggu proses pelaksanaan hukuman itu, boleh diberi peluang membuat permohonan kepada mahkamah untuk meminda dan merayu kepada hukuman mati itu.

“Sekiranya Sirul berhasrat balik ke Malaysia, beliau atau peguam boleh membuat permohonan agar hukuman mati dipinda kepada hukuman lain, seperti hukuman pemenjaraan. Jika ini berlaku, barulah Malaysia boleh mengemukakan permohonan ekstradisi untuk beliau menjalani hukuman di Malaysia.”

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata, polis masih mengekalkan nama Sirul dalam notis merah Interpol, walaupun dia dilepaskan dari tahanan imigresen Australia.

Setakat ini, katanya, tiada arahan dikeluarkan mana-mana pihak untuk mengeluarkan nama Sirul yang sebelum ini disabitkan dengan kesalahan membunuh Altantuya daripada notis itu.- BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Mesyuarat mingguan hingga 20 Mac selesai isu padi, beras

KUALA LUMPUR: Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta majlis itu

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim