ARTIKEL

Zambry ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran MySISWA@Job on Campus (MySISWA@JoC) Universiti Awam Peringkat Kebangsaan di DeTAR PUTRA, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, hari ini.

KPT Optimis Isu Pengiktirafan PharmD Penuntut Malaysia di Mesir Dapat Diselesaikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) optimis isu pengiktirafan program Doktor Farmasi (PharmD) di Universiti Alexandria, Mesir yang menjejaskan empat pelajar Malaysia dapat diselesaikan memandangkan ia hanya melibatkan isu teknikal susulan penjenamaan semula nama program berkenaan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkata isu, tersebut bukan perkara baharu dan tidak berpunca daripada masalah pengiktirafan akademik atau akreditasi program, sebaliknya timbul susulan pertukaran nama daripada program farmasi kepada PharmD oleh universiti tersebut.

Katanya, sebelum ini program itu tidak berdepan sebarang masalah, namun perubahan nama menimbulkan kekeliruan dalam proses pengiktirafan profesional oleh Lembaga Farmasi Malaysia (LFM).

“Perkara ini juga timbul kerana Universiti Alexandria, Mesir tidak menghantar pemakluman terkini berhubung perubahan tersebut kepada pihak berkaitan. Namun, kita juga berurusan melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan MQA juga meminta perkara ini dimaklumkan kepada LFM di bawah Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran MySISWA@Job on Campus (MySISWA@JoC) Universiti Awam Peringkat Kebangsaan di DeTAR PUTRA, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, hari ini.

Dalam hal berkaitan, beliau menambah, kementerian juga tidak boleh campur tangan dalam urusan pengiktirafan profesional tersebut kerana perkara itu terletak di bawah bidang kuasa LFM – badan profesional yang bertanggungjawab memberikan pengiktirafan berkenaan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU