ARTIKEL

Nancy ketika ditemui selepas menyempurnakan perasmian Program Sokongan Penjaga Insan Sejahtera (SPeKTRUM) Peringkat Negeri Sarawak di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak, di sini, hari ini.

KPWKM perluas latihan penjaga profesional

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyasarkan 2,000 penjaga profesional dilatih menerusi Program Sokongan Penjaga Insan Sejahtera (SPeKTRUM) menjelang November ini.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, usaha itu penting bagi memperkukuh ekosistem penjagaan negara, khususnya bagi memenuhi peningkatan keperluan penjagaan warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan pesakit kronik.

Nancy menandatangani plak sebagai simbolik perasmian.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Program SPeKTRUM Peringkat Negeri Sarawak di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak, di sini, hari ini.

Menurut Nancy, latihan berkenaan memberi peserta kemahiran mengendalikan individu sakit atau terlantar dengan kaedah penjagaan yang betul.

Lebih 500 petugas, termasuk pekerja dari Sarawak yang berkhidmat di institusi kementerian, telah menerima latihan berkenaan.

“Pada tahun ini, kita sudah mula membuka peluang ini kepada orang luar, bukan hanya mereka daripada jabatan kita. Mereka dari Sarawak boleh memohon untuk mendapatkan latihan tersebut.

“Insya-Allah, menjelang November kita dapat mencapai sasaran 2,000 peserta dan mahu menambah jumlah itu tahun depan. Jika peruntukan diluluskan, kita menyasarkan 3,000 orang untuk dilatih kerana bidang ini amat diperlukan,” katanya.

Nancy berkata program berkenaan boleh dilaksanakan di pelbagai lokasi, termasuk Kuching, Miri dan Kota Kinabalu, dengan sokongan rakan strategik.

Katanya, Institut Sosial Malaysia turut bekerjasama dengan hospital dan universiti bagi menyediakan kepakaran yang diperlukan dalam latihan berkenaan.

“Kita juga menerima permohonan daripada pihak yang berminat untuk menjadi rakan strategik pada tahun hadapan. Ini akan membolehkan kita mempunyai lebih ramai rakan untuk membantu melaksanakan program ini,” katanya.

Nancy (duduk, tiga kanan) merakamkan gambar kenangan bersama-sama tetamu kehormat dan peserta program.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU