ARTIKEL

Krismas, cuti dorong capai sasaran RM8 bilion hasil eksport koko

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sasaran untuk meraih RM8 bilion hasil eksport dalam industri koko dijangka tercapai melihat kepada sambutan perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia (LKM) Datuk Dr Ramle Kasin berkata, permintaan terhadap produk koko akan meningkat di seluruh Malaysia berikutan perayaan Krismas yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Pada kebiasaannya, trend permintaan pada hujung tahun akan meningkat disebabkan musim cuti dan perayaan. Jadi, angka perolehan hasil yang sebenar pada tahun ini akan diketahui menjelang Mac 2024.

“Bagaimanapun, saya yakin dengan peningkatan ekonomi dan permintaan produk koko di negara ini, kita akan berjaya mencapai angka yang disasarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Kursus Pelatih Super Koko Sarawak Siri 2 Tahun 2023 di Hotel Harbour View di sini, hari ini.

Sementara, beliau menzahirkan harapan agar permintaan produk ini akan bertambah baik untuk tahun mendatang bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia.

“Di luar Malaysia, kita telah bekerja keras dalam mempromosikan produk koko supaya ia dapat menembusi pasaran antarabangsa di samping mengukuhkan lagi industri tersebut,” katanya.

BERITA LAIN

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil