ARTIKEL

KSN ucap selamat Hari Wanita Sedunia buat wanita, penjawat awam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Komitmen, kesabaran dan kecekalan wanita adalah inspirasi besar buat semua, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Mohd Zuki dalam ucapan sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut hari ini, turut mendoakan semoga cabaran semasa menguatkan lagi semangat wanita untuk terus menerajui kemajuan dan kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara.

“Selamat Hari Wanita Sedunia buat semua wanita terutamanya penjawat awam.

“Bertemakan ‘Wanita Bangkit Mendepani Cabaran’, Hari Wanita Sedunia pada tahun ini menjulang sumbangan berterusan wanita dalam pelbagai bidang, meski dibelenggu pandemik COVID-19,” ucapnya dalam laman sosial rasminya di sini hari ini.

– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU