ARTIKEL

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menurunkan tandatangannya pada Peluncuran Program Pemindahan IImu (KTP) Program Keusahawanan Kelulut Masyarakat MADANI Pangkor anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Kampung Tengah, Pulau Pangkor semalam. | Bernama

KTP manfaatkan masyarakat, sangka warga universiti tidak tahu realiti lapangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUMUT, Perak: Program Pemindahan Ilmu (KTP)  yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melibatkan semua universiti dalam negara telah memberi manfaat kepada masyarakat.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, keberkesanan program tersebut menyangkal dakwaan segelintir pihak bahawa warga universiti tidak mengetahui realiti di lapangan.

Beliau berkata segala kepakaran dan kemudahan universiti perlu dimanfaatkan sepenuhnya, selari dengan fokus utama KPT untuk memperkasa ekonomi masyarakat melalui pendekatan baharu program pemindahan dan perkongsian ilmu.

“Setiap universiti di Malaysia mempunyai kepakaran masing-masing.

“Contohnya, UMT (Universiti Malaysia Terengganu) pakar dalam ekonomi biru dan juga berkaitan dengan industri perikanan, lautan atau marin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Projek KTP Program Keusahawanan Kelulut Masyarakat MADANI Pangkor di Kampung Tengah, Pulau Pangkor dekat sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah UMT, Prof. Dr Mohd Salmi Mohd Sohod, Naib Canselor UMT, Prof. Dr Mohd Zamri Ibrahim, dan Orang Besar Jajahan Manjung Toh Seri Bijaya, Lt Kol. (B) Datuk Shaharudin Nazari.

Pada majlis itu, Zambry turut mengumumkan perancangan untuk membangunkan Galeri Ternakan Kelulut sebagai pusat sehenti yang mengumpulkan produk komuniti.

Selain itu, ia memperkenalkan keunikan dan warisan Pulau Pangkor hasil cetusan idea daripada lawatan peserta projek ke UMT dan program komuniti bimbingan universiti.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Zambry meminta ibu bapa dan pelajar, yang berdepan masalah untuk mendaftar bagi program asasi, sijil, diploma dan Ijazah Sarjana Muda melalui UPUOnline kerana tidak dapat memasukkan markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), memaklumkan perkara tersebut kepada pihak KPT.

“Sila maklumkan kepada pihak UPU atau bagi yang berdekatan, boleh berkunjung ke program Jom Masuk U 2025, serta terdapat kaunter di ibu pejabat KPT untuk serahkan maklumat berkenaan.

“Setiap kali proses untuk kemasukan ke universiti, mungkin ada ramai yang mohon, ada kes sebegini (masalah pendaftaran).

“Saya harap kepada ibu bapa yang ada masalah itu dapat kemukakan maklumat kepada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian susulan rungutan ibu bapa, yang mahu mendaftarkan anak mereka bagi program pengajian tinggi menerusi UPUOnline, berdepan masalah melibatkan markah PAJSK.

Pada 7 Februari lepas, KPT memaklumkan permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026 ke dalam program asasi, sijil, diploma dan Ijazah Sarjana Muda melalui UPUOnline dibuka mulai 10 Februari hingga 14 Mac depan bagi permohonan Fasa Pertama, dan dari 14 April hingga 18 Mei bagi Fasa Kedua.

Pada 12 Februari pula, KPT memaklumkan program jerayawara pendidikan tinggi negara, iaitu Jom Masuk U 2025 (JMU 2025), bakal memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula 22 Februari hingga 18 Mei akan datang. – BERNAMA

BERITA LAIN

KDN lulus 225 permohonan kewarganegaraan di Sarawak

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meluluskan sebanyak 225 daripada 722 permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan di Sarawak bagi tempoh 2024

Korea Utara disyaki godam RM24.3 bilion kripto

NEW YORK: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) pada Sabtu menuduh Korea Utara mencuri lebih daripada AS$6.0 bilion (RM24.3 bilion) dalam bentuk aset maya daripada bursa kripto

BERITA TERBARU