ARTIKEL

Kuasai pasaran Malaysia lebih 100 tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WARISAN Salju Sdn Bhd, pengeluar produk berasaskan gamat menyasarkan untuk melebarkan sayap ke Timur Tengah dalam tempoh dua tahun lagi selepas menguasai pasaran Malaysia selama lebih 100 tahun.

Menurut pengurusnya, Noor Masyitah Noor Muhammad, produk yang menjadi tumpuan untuk dipasarkan ke rantau itu ialah Minyak Gamat Asli Langkawi 30 mililiter (ml), iaitu satu-satunya produk warisan turun-temurun yang mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pelancong Arab yang mengunjungi pulau bebas cukai itu.

“Buat masa ini Minyak Gamat Asli Langkawi 30 ml ini hanya dieksport ke Indonesia dan Singapura sahaja, jadi kini tiba masanya kami merancang untuk ke Timur Tengah terutama Arab Saudi kerana ramai pelancong Arab yang datang ke Langkawi mencari produk minyak gamat ini.

“Jadi kami berfikir untuk membuat ‘smart packaging’ yang mempunyai standard antarabangsa dan perlu melalui proses dokumentasi yang agak ketat daripada pihak mereka bagi memastikan produk ini berjaya dipasarkan ke sana,” katanya dalam Program Jelajah Rakan Usahawan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) Langkawi, Kedah Bersama Media, baru-baru ini.

Menurut Noor Masyitah, Warisan Salju yang juga Rakan Usahawan PUNB sejak 2011 mempunyai 15 produk dan Minyak Gamat Asli Langkawi 30 ml ialah satu-satunya produk yang popular dan mendapat permintaan tinggi.

Beliau yang merupakan generasi keempat mewarisi perniagaan berkenaan berkata sebagai permulaan, syarikat itu memohon pembiayaan kewangan sebanyak RM1 juta dengan PUNB bagi modal pusingan serta pembelian mesin baharu untuk menambah kapasiti pembuatan minyak gamat.

“Kami merancang menggunakan lebih RM600,000 sebagai modal pusingan perniagaan manakala RM350,000 lagi untuk membeli sebuah mesin pembuatan dan pemprosesan minyak gamat bagi membolehkan kami memasarkan produk ini dengan lebih meluas ke luar negara,” katanya.

Sebelum ini, syarikat tersebut turut menerima pembiayaan kewangan dari PUNB pada 2011 yang berjumlah RM300,000 dan digunakan untuk modal pusingan.

Setiap bulan, Warisan Salju mengeluarkan 25,000 dozen Minyak Gamat Asli Langkawi 30 ml yang terkenal dengan keberkesanannya untuk menyembuhkan luka selain digunakan untuk urutan bagi mengurangkan ketegangan pada otot dan sendi.

Sebanyak 40 syarikat di Malaysia membeli minyak gamat tersebut untuk dijual di kedai mereka termasuk lapan syarikat di Langkawi.

Manakala 14 lagi produk gamat lain turut dijual dengan pengeluaran adalah stabil dan mengikut jadual, katanya. Noor Masyitah berkata dengan pembiayaan kewangan baharu, Warisan Salju menyasarkan jualan meningkat sebanyak 30 peratus tahun ini berbanding nilai jualan sebanyak RM2.2 juta pada tahun lepas.

“Di kilang kami hanya ada satu habis dijual. “Jadi dengan adanya tambahan satu lagi mesin baharu, kami yakin dapat capai sasaran jualan dengan peningkatan 30 peratus pengeluaran pada tahun ini,” katanya.

Warisan Salju mula bertapak di Langkawi sejak 1905 dan diasaskan oleh Saju Pajidat. Ia mula berkembang secara komersial pada 2000 melalui pembiayaan kewangan PUNB dan kini memiliki seramai 18 pekerja bumiputera.- Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan