ARTIKEL

Kubu Margherita sarat khazanah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Bangunan bersejarah, Kubu Margherita menyambut ulang tahun ke-140 dengan membuka semua operasi Galeri Brooke selepas empat bulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengurus Muzium Brooke Salliza Sideni berkata, sejak pembukaan pertama kepada orang awam pada
2016, galeri ini yang mempamerkan sejarah Sarawak menerima kira-kira 100,000 pengunjung dalam tempoh tersebut.

“Galeri Brooke merupakan salah satu muzium swasta terawal ditubuhkan.

Kami mempunyai inisiatif yang sama iaitu memastikan kemampanan bangunan warisan sentiasa terjaga.

“Dengan pembukaan semula muzium ini, kami akan memastikan segala SOP yang ditetapkan dipatuhi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi taklimat kepada media di Galeri Brooke, Kubu Margherita, Petra Jaya di sini, semalam.

Salliza menambah, jumlah pengunjung pada satu masa ke muzium berkenaan sebanyak 40 orang termasuk, kakitangan mereka.

“Kalau diikutkan hanya 37 pengunjung dan ini termasuk tiga staf kami.

Mereka akan membantu dan memantau ketika lawatan dan menjadikan ia sebagai 40 orang.

“Kami juga mempunyai SOP yang ditetapkan seperti penggunaan pelitup muka, cecair sanitasi, memeriksa suhu badan pengunjung, dan menulis maklumat diri secara manual atau menggunakan kod QR,” jelasnya.

Ujar Salliza , penting untuk mereka mengikuti SOP yang disarankan kerajaan supaya ia dapat membina semula keyakinan masyarakat untuk berfikir selamat ketika melawat.

Sementara itu katanya, kebanyakan struktur bangunan kubu tersebut masih lagi sama seperti dahulu yang diperbuat daripada kayu berlian yang hanya dapat dijumpai di Borneo.

Malah katanya, 70 peratus artifak dalam galeri itu adalah daripda Brooke Trust di London, United Kingdom sementara segelintir daripadanya diderma oleh keluarga dari Australia.

“Galeri Brooke menceritakan sejarah awal Sarawak daripada penjajahan ketika Kerajaan Brunei sehingga ia jatuh kepada Rajah James Brooke.

“Orang awam yang datang ke galeri ini berpeluang untuk mempelajari kelahiran dan pembangunan Sarawak sejak awal penubuhan Malaysia pada 1965,” jelasnya.

Dengan itu, beliau berharap orang ramai yang melawat galeri ini dapat mempelajari serta menghargai sejarah Sarawak.

Mengulas mengenai sebahagian bangunan itu dikekalkan dengan struktur asal, Salliza berkata, ia membolehkan orang ramai melihat sendiri batu-bata asal bangunan tersebut. “Kami pernah disyor untuk memasang penyaman udara, namun ia akan mendedahkan bangunan terhadap air dan akan mengubah warna asal bangunan,” tambahnya.

Bagaimanapun katanya, terdapat pelan besar untuk Kubu Margherita pada penghujung tahun ini.

Selepas pembukaan semula galeri Brooke, pembukaan semula Muzium Ranee berkemungkinan pada bulan depan.

LAIN-LAIN BERITA

Lelaki maut, jatuh Jambatan Batang Salak

KUCHING: Seorang lelaki menemui ajal selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Batang Salak, Jalan FAC di sini, hari ini. Komander Operasi PBK II

Sasar latih 10,000 rakyat Sarawak secara percuma

KUCHING: Kementerian Sumber Manusia mensasarkan melatih seramai 10,000 rakyat Sarawak secara percuma dalam pelbagai jenis kursus sempena Minggu Latihan Kebangsaan yang akan bermula dari 24

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian