ARTIKEL

Ketua Pegawai Eksekutif Kuching City FC, Iswandi Ali Hassan.

Kuching City FC bertemu peminat dan latihan terbuka di Miri, Bintulu serta Sibu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAPSYEN: Ketua Pegawai Eksekutif Kuching City FC, Iswandi Ali Hassan.

KUCHING: Skuad Kuching City FC akan menjelajah ke tiga bahagian iaitu Miri, Bintulu dan Sibu bagi menjayakan program bertemu peminat serta sesi latihan terbuka.

Ketua Pegawai Eksekutif Kuching City FC Iswandi Ali Hassan menegaskan, barisan pemain akan ke Miri terlebih dahulu pada 20 Julai (Isnin).

“Siri jelajah ini akan bermula dengan sesi bertemu peminat di Miri bertempat di premis Lea Sports Centre (LSC) Bintang Megamall pada jam 2.00 petang.

“Ia disusuli sesi latihan terbuka di Stadium Terbuka Miri yang dijadualkan bermula pada jam 4.30 petang,” ujar Iswandi kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau menambah, barisan pemain kemudian akan ke Bintulu pada 22 Julai bagi tujuan sama iaitu mengadakan sesi bertemu peminat di Padang Sintetik BDA pada jam 3.00 petang sebelum disusuli sesi latihan.

Menurut Iswandi, destinasi terakhir para pemain Kuching City FC adalah ke Bahagian Sibu pada 23 Julai.

“Mereka akan bertemu peminat di Kompleks Sukan Komuniti Azman Hashim, Sibu Jaya pada jam 3.30 petang. Selepas itu, program diikuti dengan sesi latihan di padang terbabit,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Kuching City FC Datuk Fazzrudin Abdul Rahman berkata pihaknya amat menghargai sokongan padu yang diberikan oleh peminat dari seluruh pelosok negeri ini.

Menurut beliau, siri jelajah ini bukan sahaja sebagai tanda penghargaan kepada peminat di kesemua tiga bahagian terbabit, malah memberi peluang kepada mereka untuk melihat barisan pemain Kuching City FC musim ini secara dekat.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU